أَعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيعِ العَلِيْمِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيْم.

Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari bisikan syaitan tang terkutuk.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. اهدِنَـا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang .

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam . Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Yang menguasai hari pembalasan . Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolonganMu . Tunjukilah kami jalan yang lurus . Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan ( pula jalan ) mereka yang sesat .

Sunday, July 31, 2011

Rahsia-rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya menurut Imam AlGhazali

Semua ada enam iaitu:
1. Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.
2. Memelihara lidah dari bersembang kosong, berbohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya’.
3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah Allah s.w.t telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud: “Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” (al-Maidah: 42)

4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut dari memakan barang-barang yang bersyubhat waktu berbuka puasa. Apalah gunanya berpuasa dari makanan yang halal, kemudian dia berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”
Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan orang itu ialah orang yang menahan dirinya berpuasa dari makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengertikannya dengan orang yang tiada memelihara anggota-anggotanya dari dosa.
 5. Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkan pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.
Sebagaimana yang termaklum bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai-bagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibiasakan sebelumnya mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan sebagai cara-cara yang menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tidak dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka ia terlindung dari kerajaan langit.

6. Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harap kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah, sehingga tergolongnya ia ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah) ataupun puasanya tertolak maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh dari rahmat Allah Ta’ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Ta’ala.

Friday, July 8, 2011

8 Petua Cantik dan Menarik

·  Jadilah Ghaddul Basor (Menundukkan Kepala) Sebagai hiasan Mata, nescaya mata menjadi semakin Jernih.
·  Sapukanlah 'Lipstik Kejujuran' pada bibir, nescaya kita akan bertambah manis.
·  Gunakanlah 'Pemerah Pipi' yang diperbuat daripada rasa Malu iman.
·  Pakailah 'Sabun Istighfar'  yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan
·  Rawatlah rambutmu dengan 'Selendang Islam' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.(ni ada kat pasar)
·  Hiasilah kedua tangan dan jari2 mu dengan gelang Tawaduk dan cincin Ukhuwwah.
·  Pakailah kamu akan kalung kesucian.
·  Bedaklah wajahmu dengan 'Air wuduk', Nescaya wajahmu akan bercahaya di Akhirat Kelak.        

Wednesday, July 6, 2011

Akal Alat Dan Pemimpin Orang Mukmin

Diriwayatkan oleh Ka'ab dan Abu Hurairah bahawa mereka datang dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling pintar?”
Rasulullah s.a.w. menjawab : “Orang yang berakal.”
Mereka bertanya lagi : “Siapakah orang yang paling berbakti?”
Rasulullah s.a.w. Menjawab : “Orang yang berakal.”
Mereka bertanya lagi: “Siapakah orang yang paling utama?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Orang yang berakal kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat orang mukmin ialah akal dan setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin adalah akal.

Setiap kamu mempunyai tujuan dan yang utama bagi hamba ALLAH ialah akal (khayatul qulub).”
Saidatina Aisyah berkata: “Akal itu mempunyai sepuluh bahagian, lima bahagian nampak dan lima bahagian lagi tersembunyi.”

Adapun yang Nampak ialah :

Pertama          : Diam. Sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w. :

            “Barangsiapa diam, maka selamatkan dia, Barangsiapa banyak bicaranya, maka banyak pula kesalahannya.”

Kedua             : Sabar

Ketiga             : Rendah hati. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

            “Barangsiapa berendah hati, ALLAH akan mengangkat darjatnya dan barangsiapa yang sombong, ALLAH akan merendahkan darjatnya.”

Keempat         : Takut kepada ALLAH

Kelima            : Mengawal hawa nafsu

DOA SUPAYA BEROLEH ILMU YANG BERMANFAAT

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA-MU DARI ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT, DARI HATI YANG TIDAK KHUSYUK, DARI NAFSU YANG TIDAK PERNAH KENYANG, DARI DOA YANG TIDAK DIPERKENANKAN

Tuesday, March 8, 2011

Tolong Jangan Biadap Dengan Allah!

Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat.
Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan 'penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri.
Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w  :-
لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) \[1]

Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-
إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) \[2]
Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat.
Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.
Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا, فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِيصَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ
Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud) \[3]
Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas.  Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.
Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersbeut boleh dikawal di Malaysia.  Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini.

Sekian

Friday, February 25, 2011

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Thursday, February 24, 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Sunday, February 20, 2011

Petua Awet Muda

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

1- MENDAPAT PAHALA SEPERTI MENGHIDUPKAN MALAM KESELURUHANNYA

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
(( مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ اللَّيْلَ كُلَّهُ )) .
[ مسلم ]

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]

2- MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH

فَعَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
(( مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ.
[ البخاري ]

Daripada Jundub bin Abdullah berkata: Bersabda rasul s.a.w
“ Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka dia berada dalam perlindungan Allah.
 
3-MALAIKAT AKAN MENJAGANYA SEPANJANG HARI

 عن رجل صحب النبى صلى الله عليه و سلم قال : بلغنى ان الملك يغدوا برايتة مع اول غاد الى المسجد فيظل معه حتى يصلى ثم يخرج معه حتى يدخل بها الى منزله و بلغنى ان الشيطان يغدوا برايتة الى اول غاد الى السوق فيظل معه حتى منزله

 Dari seorang lelaki yang menemani nabi s.a.w berkata, sampai kepadaku bahawa malaikat berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke masjid, malaikat akan bersama dengannya sehingga dia solat, kumudian akan keluar bersamanya sehinggalah dia masuk ke rumahnya, dan sampai juga kepadaku bahawa syaitan berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke pasar dan akan bersama dengannya sehingga ke rumah.
 Hadith ini disebut oleh al-Munziriyy dalam al-Targhib  wa al-Tarhib

4- Orang yang melakukan solat subuh secara berjemaah malaikat akan berkumpul dengannya dan mendoakannya

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل و ملائكة بالنهار و يجتمعون فى صلاة الفجر و صلاة العصر فيعرجون فيسألهم الله و هو اعلم كيف تركتم عبادى : يقولون تركناهم و هم يصلون و اتيناهم و هم يصلون فأغفر لهم يوم الدين (متفق عليه)
Bersabda rasul s.a.w:Para malaikat malam bertukar dengan malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat Asar, mereka kemudian naik ke langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia lebih mengetahui. ” Bagaimana kamu tinggalkan hamba-ku?”
Para malaikat menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan mereka juga  dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka pada hari pembalasan. ”Hadith Muttafaqun ’Alayhi

5- Orang yang melakukan solat subuh berjemaah berpeluang untuk mendapat pahala haji dan umrah setiap hari

عن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من صلى الفجر في جماعة، ثم قعد يذكر الله تعالى حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة
Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan  umrah, sempurna. Sempurna. sempurna .

6- Allah menjanjikan orang yang menjga solat subuh berjemaah untuk dimasukkan ke syurga

حديث أبي موسي(رضي الله عنه
 (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من صلى البردين دخل الجنة ))
“Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki syurga.”
 Dua solat  yang sejuk ialah solat subuh dan asar

7- Allah s.w.t tidak akan memasukkannya ke dalam neraka
 قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لم يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس و قبل غروبها  رواه مسلم

Sabda rasul s.a.w : Tidak akan masuk neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari  dan sebelum tenggelam.

8- SELAMAT DARI SIFAT MUNAFIQ

من حافظ على صلاة الفجر فى جماعة فقد (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ان اثقل صلاة على المنافقين صلاة الفجر و صلاة العشاء )) . و فى رواية (( ما يشهدهما منافق
 Sabda rasul s.a.w:
“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan solat Isyak dan dalam riwayat yang lain: Solat subuh dan isyak tidak dihadiri oleh orang munafiq
 
9- Allah swt memberikan kepada cahaya dalam kegelapan hari Qiamat

 (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : بشر المشائين فى الظلم الى المساجد بالنور التام يوم القيامة ))
Sabda rasul s.a.w:
“ Bergembirah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”
Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh

Wednesday, February 9, 2011

Waktu-waktu yang dimakruhkan bersembahyang

Semua waktu-waktu ini makruh melakukan sembahyang yang tidak bersebab. Adapun sembahyang-sembahyang yang ada sebabnya seperti mengqadhakan sembahyang sunnat, sembahyang kerana gerhana matahari atau bulan, atau sembahyang jenazah maka tiadalah dihukumkan makruh.
Waktu-waktu yang dimakruhkan bersembahyang ada lima:
 

1.     Selepas sembahyang asar.
2.     Selepas sembahyang subuh.
3.     Selepas tergelincirnya matahari
4.     Waktu terbitnya matahari.
5.     Waktu tenggelam matahari.

Sebab larangan ialah untuk memelihara diri dari menyamai perbuatan orang-orang yang menyembah matahari pada ketika itu.
Dan juga untuk menimbulkan daya dan tenaga. Jadi dengan menjauhi waktu-waktu tersebut ialah sebagai tambahan pendorongan dan menimbulkan perhatian untuk menunggu selesainya masa-masa itu.

Sesungguhnya Wanita Itu Cantik


Ada cara yang mudah dan murah untuk membuat perempuan cantik, meskipun secara fizik mereka kurang menarik. Yang pertama kali harus dilakukan adalah mendefinisikan kembali makna cantik tersebut. Cantik bukan masalah fisik semata. Kecantikan sejati juga bisa diraih dengan memaknakan kecantikan sebagai berikut:

1. Kecantikan perempuan ada dalam iman taqwanya yang menyejukkan mata kaum laki-laki.

Seorang perempuan yang menghias jasmaninya dengan iman dan taqwa akan memancarkan cahaya surga. Dengan kepatuhannya menjalankan ibadah, ia akan memesona.Yang kuasa akan memberikannya kecantikan abadi, magnet alami. Tak perlu kosmetik, parfum atau penampilan berlebih, laki-laki akan tertarik padanya.

2. Kecantikan perempuan ada pada kehangatan sikapnya yang mampu menggetarkan sensifitas dan kecintaan pria.

Secara umum laki-laki memang responsif terhadap perempuan yang bagus fisiknya. Tapi ketertarikan itu tak kekal, bisa membuat laki-laki bosan. Kehangatan kasih sayang dan cinta kasih yang tuluslah yang akan membuat sang pria nyaman berada di sisinya. Tak bisa melupakannya.

3. Kecantikan Perempuan ada pada kelembutan sikapnya

Kelembutan bukan berarti lembek dan manja. Kelembutan seperti roti. Meskipun sedikit, tapi mengenyangkan. Dari toko roti manapun roti berasal, ia tetap lembut. Jadi perempuan dari suku manapun bisa tetap lembut, pada pasangannya, pada anak-anaknya. Asalkan ia mau berusaha.

4. Kecantikan perempuan berada dalam pandangannya yang teduh dan suaranya yang hangat.

Walau mata tak seindah bintang kejora, setiap perempuan bisa memiliki mata embun. Teduh. Sejuk. Tak gampang emosi. Menyikapi tingkah laku sekitarnya secara bijak. Ia selau berprasangkabaik. Perkatannya bukan pisau yang menikam. Perkataannya adalah bara yang menyalakan semangat di dada. Tak ada kata sia-sia yang terucap dari bibirnya.

5. Kecantikan perempuan berada dalam senyumannya yang menambah kecantikannya dan membuat gembira hati orang yang melihatnya.

Senyum adalah sedekah. Murah senyum tanpa bermaksud menggoda apalagi berlebihan bisa membuat wajah indah. Meskipun berwajah rupawan, tapi jika malas tersenyum, hanya aura negatif yang akan ditangkap oleh orang-orang di sekitarnya

6. Kecantikan perempuan berada pada intelektualitasnya

Ukuran intelektual bukan pada gelar sarjananya atau di mana ia pernah menuntut. Banyak ilmu-ilmu yang bisa dipungut dari sekitar, yang membuat si perempuan mejadi cerdas. Kehidupan adalah sekolah yang tak pernah tamat sebelum ajal menjelang. Tak ada sekolah untuk menjadi istri yang baik. Tak ada universitas yang melahirkan ibu yang baik. Ruang dan waktulah yang akan menempa perempuan mejadi istri dan ibu yang baik.

7. Kecantikan perempuan berada pada seberapa jauh pengetahuannya akan tanggung jawabnya terhadap keluarga, rumah, anak-anak , masyarakat dan umat manusia.

Perempuan adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Seberapa jauh pengetahuan seorang perempuan akan terlihat dari tingkah laku keluarganya. Ia selalu berusaha menjadi orang yang bermanfaat bagi sekitarnya. Mengambil peran penting dalam rangka memperbaiki lingkungan. Lihatlah laki-laki sukses di jagat raya. Dibalik kesuksesannya, pasti ada perempuan tangguh di menemani. Menjadi pendukung nomor satu, tempat kembali saat sang pahlawan lelah berjuang.

8. Kecantikan perempuan berada pada kemampuan dan keinginannya untuk memberi.

Orang bisa miskin harta, tapi ia bisa kaya hati. Selalu memberi, tanpa mengharap imbalan yang berarti. Ia senang ketika orang lain senang. Ia sedih ketika orang lain sedih. Kemurahan hatinya membuat wajahnya bersinar. Membuat ia selalu dirindukan, meskipun sosoknya biasa-biasa saja.



*Satu hal yang paling penting, kecantikan-kecantikan ini sifatnya abadi. Akan dikenang meskipun si perempuan telah tiada. Tidak seperti kecantikan lahiriah yang sementara. Setelah tua, ketika senja menyapa, ia tak menarik lagi. Manakah yang akan Anda pilih? Kecantikan sementara atau kecantikan abadi?*

Friday, January 21, 2011

Dosa Percuma

Sambil melihat blog-blog yang ada, aku  melewati  blog Ustaz Zaharuddin. Aku tertarik dengan artikel mengenai rintihan seorang lelaki. Aku mula berfikir untuk ke sekian kalinya tentang isu hak dan kesaksamaan antara lelaki dan perempuan. Perempuan ketika ini cukup bijak berkata-kata memperjuangkan hak yang sama rata dengan lelaki. Sehinggakan sampai ke tahap perempuan juga perlu pandai bermain bola sepak dan menjadi imam kepada makmum bercampur lelaki dan perempuan.

Dalam sibuk memperjuangkan hak-hak wanita, mereka ni juga lupa bahawa mereka seperti menolak hak kaum lelaki untuk bergerak bebas tanpa ada rasa konflik dalam diri. Tentunya hak untuk melihat persekitaran tanpa timbul nafsu serakah yang membuak-buak. Kenapa aku timbulkan isu ni? Berbalik pada isu perempuan bertudung. Ada antara mereka yang tidak tahu apakah  panduan untuk bertudung.

Ada yang mengatakan bertudung sudah mencukupi. Tetapi, tahu ke tak yang bertudung sahaja tidak mencukupi sebagai syarat menutup aurat.
Jom kita lihat   kesalahan wanita tentang menutup aurat. Pertama, ada yang kata, aurat itu adalah memakai tudung sahaja. Kedua, ada yang kata nak bertudung dan berlengan pendek sudah memadai.

Ada juga yang berpakaian cantik, berkebaya yang longgar, bertudung menutupi dada.Tapi, bila angin bertiup, terus terbuka belahan kat kain dan ternampaklah  betis bunting padi.Pak Aji yang ternampak pun terus tutup mata dengan jari yang direnggangkan.Astaghfirullah.

Ada juga yang rasa berselendang menutup sebahagian rambut sudah mencukupi. Baru nampak stylo katanya.

Yang lain pula, memang cukup suka menyelempangkan tudung yang dipakainya kebelakang leher. Maka, terdedahlah permata yang sentiasa menjadi idaman lelaki.

Dan satu lagi, bertudung tapi tudungnya nipis. Maka nampaklah batang leher yang jinjang.Macam tudung bawal, tudung tenggiri.Aku pun pelik kenapa ada yang suka pakai tudung-tudung macam tu. Memang cantik sebab ada batu-batu lawa. Tapi, tak bolehkah cari tudung yang tidak jarang? Atau pakai tudung kecil di dalamnya.

Dan yang menjadi trend masa kini adalah bertudung  yang pendek tidak menutupi dada. Cuba bandingkan antara cara pemakaian tudung rahib kristian dengan kawan kita yang sorang ni. Sama tak?

Ketahuilah, orang Kristian dan Yahudi juga bertudung. Dan ketahuilah juga bahawa orang Islam perlu dibezakan dari mereka. Kenapa? Sebab setiap orang itu ada identiti masing-masing. Kenapa perlu menyerupai orang lain ketika kita mampu berdiri dengan identiti kita sendiri? Dalam hadis sendiri sudah dinyatakan.

Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu 'Umar, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka."

Hadits di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara zahirnya menunjukkan bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana tersebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:

"Barang siapa di antara kamu yang berteman dengan mereka, maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka."

Islam begitu teliti, hinggakan nabi s.a.w. sendiri melarang orang Islam meniru cara orang Yahudi tentang uban di rambut.

"Rubahlah uban rambut kepala kamu dan jangan kamu meniru kaum Yahudi."
(Riwayat At-Tirmizi).

Orang Kristian, bertudung dan tudungnya tidak melabuhi dada. Tudungnya juga diikat sedikit ke belakang. Sama seperti yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Muslim sekarang. Tidakkah itu termasuk dalam larangan meniru gaya bukan Muslim?

Orang Yahudi pula, bertudung, tetapi diselempangkan ke belakang lehernya. Itu juga yang dijadikan amalan dan fesyen busana muslimah.

secara amnya, bertudung, biarlah labuh menutupi dada. Berpakaian longgar dan tidak jarang sehingga boleh menampakkan susuk tubuh. Tidak berkain belah. Itulah ciri-cirinya.

Manis kan?

fikirkan  semula sejauh mana kita sebagai  kaum wanita menjaga hak lelaki dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Kita menghina lelaki yang mencabul kehormatan wanita lain. Puas dikata dan diumpat. Tetapi, jika dilihat semula, wanita itu mungkin 'sengaja' menduga lelaki itu dengan cara dia berpakaian. Maka, orang kata, bertemu buku dengan ruaslah.

Nanti! Mungkin ada juga yang berkata bahawa wanita yang dicabulnya juga  menutup aurat. Memang mengikut syariat. Tetapi kenapa dia tetap kena? Kewajipan menutup aurat ni diletakkan ke atas setiap wanita. Dengan kata lain, setiap wanita bertanggungjawab menjaga auratnya dari dilihat lelaki bukan muhrim. Maka, jika seorang tidak menutup aurat, secara tidak langsung, dia telah mendedahkan wanita lain dengan risiko untuk dicabul kehormatannya. Mungkin dia terselamat, tetapi wanita lain yang terkena hanya kerana sikap tidak bertanggungjawabnya pada diri sendiri dan orang lain. Dengan kata lain, dia adalah penyebab kepada rakan wanita yang dicabul kehormatannya.

kita  menutup aurat kita tapi pada masa yang sama kita membuka ruang untuk dapat dosa percuma.Kerana tudung kita tidak sempurna!

Ayuh , kita sempurnakan tudung kita !

A.U.R.A.T

Tidak akan tertutup dengan sifat yang lemah lembut.

A.U.R.A.T

Tidak akan tertutup dengan akhlak yang baik.

A.U.R.A.T

Tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik.

A.U.R.A.T

Tidak akan tertutup dengan solat.

TETAPI...
A.U.R.A.T

Akan tertutup dengan pakaian yang sempurna. Maka, sempurnakanlah pemakaian kita. Jom tutup aurat dengan betul.