Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin
istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga
menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang
bahagia.
Ciri orang yang
mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan
keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan
merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia
menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah
tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat,
tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
1. Doa yang
berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan
pujian.
4. Murah dengan
khidmat.
5. Murah dengan
belaian kasih sayang.
6. Murah dengan
sentuhan.
8. Cari masa
berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan
pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had,
sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri
daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka
– boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko
emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan
memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan
mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar
kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan
kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri
untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban
buat pasangan.
21. Menghormati
pasangan.
22. Berasa amat
beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual
yang sihat dan diredai.
24. Menghormati
perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan
sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka
baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak
kepada pasangan.
28. Tidak menjadi
hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara
kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah.
Buat perjanjian.
31. Mencari
penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan
untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat
semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan
‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan
sesama pasangan.
36. Jangan simpan
ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih
sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang
untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji
dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’
sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau
dan bermesra.
42. Sentiasa berterus
terang.
43. Beri masa untuk
perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat
untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah
pasangan.
46. Cari titik
pertemuan.
47. Selesaikan masalah
hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak
memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat,
pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa
bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan
hubungan dari segi:
§ Mental, pendidikan dan ilmu
§ Emosi
§ Fizikal dan ekonomi
§ Sosial
§ Spiritual
52. Jangan berjauhan
terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu
mengongkong.
54. Tidak bertindak
bersendirian.
55. Memberi peluang
untuk berbeza:
§ Pendapat atau pandangan
§ Hobi
§ Kegemaran
§ Makanan
§ Cita rasa
§ Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak
dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan
untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan
pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang
bukan-bukan.
60. Bentuk
undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan
dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera
pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan
tawakal kepada Allah s.w.t.