أَعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيعِ العَلِيْمِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيْم.

Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari bisikan syaitan tang terkutuk.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. اهدِنَـا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang .

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam . Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Yang menguasai hari pembalasan . Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolonganMu . Tunjukilah kami jalan yang lurus . Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan ( pula jalan ) mereka yang sesat .

Sunday, July 31, 2011

Rahsia-rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya menurut Imam AlGhazali

Semua ada enam iaitu:
1. Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.
2. Memelihara lidah dari bersembang kosong, berbohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya’.
3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah Allah s.w.t telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud: “Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” (al-Maidah: 42)

4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut dari memakan barang-barang yang bersyubhat waktu berbuka puasa. Apalah gunanya berpuasa dari makanan yang halal, kemudian dia berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”
Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan orang itu ialah orang yang menahan dirinya berpuasa dari makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengertikannya dengan orang yang tiada memelihara anggota-anggotanya dari dosa.
 5. Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkan pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.
Sebagaimana yang termaklum bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai-bagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibiasakan sebelumnya mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan sebagai cara-cara yang menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tidak dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka ia terlindung dari kerajaan langit.

6. Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harap kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah, sehingga tergolongnya ia ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah) ataupun puasanya tertolak maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh dari rahmat Allah Ta’ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Ta’ala.

Friday, July 8, 2011

8 Petua Cantik dan Menarik

·  Jadilah Ghaddul Basor (Menundukkan Kepala) Sebagai hiasan Mata, nescaya mata menjadi semakin Jernih.
·  Sapukanlah 'Lipstik Kejujuran' pada bibir, nescaya kita akan bertambah manis.
·  Gunakanlah 'Pemerah Pipi' yang diperbuat daripada rasa Malu iman.
·  Pakailah 'Sabun Istighfar'  yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan
·  Rawatlah rambutmu dengan 'Selendang Islam' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.(ni ada kat pasar)
·  Hiasilah kedua tangan dan jari2 mu dengan gelang Tawaduk dan cincin Ukhuwwah.
·  Pakailah kamu akan kalung kesucian.
·  Bedaklah wajahmu dengan 'Air wuduk', Nescaya wajahmu akan bercahaya di Akhirat Kelak.        

Wednesday, July 6, 2011

Akal Alat Dan Pemimpin Orang Mukmin

Diriwayatkan oleh Ka'ab dan Abu Hurairah bahawa mereka datang dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling pintar?”
Rasulullah s.a.w. menjawab : “Orang yang berakal.”
Mereka bertanya lagi : “Siapakah orang yang paling berbakti?”
Rasulullah s.a.w. Menjawab : “Orang yang berakal.”
Mereka bertanya lagi: “Siapakah orang yang paling utama?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Orang yang berakal kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat orang mukmin ialah akal dan setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin adalah akal.

Setiap kamu mempunyai tujuan dan yang utama bagi hamba ALLAH ialah akal (khayatul qulub).”
Saidatina Aisyah berkata: “Akal itu mempunyai sepuluh bahagian, lima bahagian nampak dan lima bahagian lagi tersembunyi.”

Adapun yang Nampak ialah :

Pertama          : Diam. Sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w. :

            “Barangsiapa diam, maka selamatkan dia, Barangsiapa banyak bicaranya, maka banyak pula kesalahannya.”

Kedua             : Sabar

Ketiga             : Rendah hati. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

            “Barangsiapa berendah hati, ALLAH akan mengangkat darjatnya dan barangsiapa yang sombong, ALLAH akan merendahkan darjatnya.”

Keempat         : Takut kepada ALLAH

Kelima            : Mengawal hawa nafsu

DOA SUPAYA BEROLEH ILMU YANG BERMANFAAT

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA-MU DARI ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT, DARI HATI YANG TIDAK KHUSYUK, DARI NAFSU YANG TIDAK PERNAH KENYANG, DARI DOA YANG TIDAK DIPERKENANKAN